Powered By Blogger

Saturday, April 10, 2010

Seloka Kelas Saya

Seloka 1 Gigih


Assalamu’alaikum pembuka bicara,
Ini nak buka satu cerita,
Bukan nak buka pekung didada,
Tapi untuk hiburkan jiwa.

Bismillah dibaca tirai dibuka,
Jampi serapah tak main la,
Kalau ade banyak masa,
Marilah baca seloka 1 gigih punya.

Kami sume hidup gembira,
Bukan nak reka tapi dah ternyata,
17 puteri 16 putera,
33 orang semuanya.

Puan Idayu ibunda kami,
Sungguh tabah lagi baik hati,
Pening kepala melayan kerenah kami,
Kerana semua nakal sekali.

Orangnyer comel dan baik hati,
Itulah Cik Mariah, ustazah kami,
Mengajar kami penuh keikhlasan hati,
Supaya semua bijak sekali.

Zulhusni monitor kami,
Bila tersenyum nampak gigi,
Sara Sofea pula penolong kami,
Bila marah sume cabut lari.

Tiga sahabat rapat sekali,
Kalau study bajet macam menteri,
Mereka suka sangat ambil cuti,
Eidham, Amni & Hafiz empunya diri.

Tepi pintu tempat duduknya,
Buka tutup suiz ialah tugasnya,
Bercakap adalah kerjanya,
Mohd Raihan itulah orangnya.

Tiga sekawan asyik bersama,
Perangai tak ubah macam DoReMi,
Kalau duduk pun nak bersama,
Teha, Tifah & Fatin nama diberi.

Amelia ceti kelas kami,
Tiap-tiap minggu mula operasi,
Kepada pelajar dan ketua sekali,
Siapa tak bayar jangan nak lari.

Dua sahabat sehati sejiwa,
Pergi ke mana tetap bersama,
Azim & Nain itulah namanya,
Kalau bercakap kecoh dibuatnya.


Reen, Naqi & Lin tiga sekawan,
Kemana pergi mesti berkumpulan,
Orang lain bising mereka menjeling,
Tapi mereka sporting juga.

Walaupun nakal membawa ceria,
Tiada Raja dan Mizan sunyi rasanya,
Si Aiman & Wan lain ceritanya,
Suka menyibuk itulah hobinya.

Orangnya pendek, macho kononnya,
Ahmad Danial itulah namanya,
Fazana pula pujaan hatinya,
Bila bertemu berkepit saja.

Orangnya rendah & kecil saja,
Walaupun rendah, comel juga,
Pendiam adalah sifat mereka,
Faiz & Izdhar empunya nama.

Orangnya kecil & cantik pula,
Pendiam adalah sifat mereka,
Ramai peminat tak terkira,
Erra, Lydia & Fatimah punya nama.

Nak kata pendiam, tak tahu juga,
Mengkritik orang tak kira masa,
Ada masa ‘happy’, ada masa ‘Hot’ pula,
Nur ‘Aqilah itulah orangnya.

Atif pindah, Fizah pula yang tibe,
Memeriahkan lagi kelas kami,
Bile dipanggil, buat do know saje,
“Hello! awak sedar ke tak ni.

Muqri & Johan becok sekali,
Kalau ketawa nampak semua gigi,
Si Najwa & Afiqa lain story,
Agak pemalu & pendiam adalah sifatnya.

Sekali tengok macam anak India,
Dua kali tengok owh…anak Melayu rupanya,
Siapa lagi kalau bukan Cik Rabiatul kita,
Walaupun hitam tapi manis mukanya.

Kami ni macam ‘Tom & Jerry’,
Tapi sebenar dah macam satu Family,
Susah senang sentiasa bersama,
Harap-harap kekal selamanya.

Sampailah masa mengundur diri,
Sebab sudah tiada idea lagi,
Siapa terasa jangan ambil hati,
Harap semua happy sekali.

Hasil nukilan
- Smile Always -

No comments:

Post a Comment