Powered By Blogger

Saturday, April 10, 2010

Seloka Keluarga Saya

-Seloka Keluarga Saya-

Assalamu’alaikum pembuka bicara,
Ini kisah tentang keluarga,
Jangan amik ati bila Are_Fee nak mereka,
Kerana ini hanya gurauan semata.

Bismillah dibaca tirai dibuka,
Jampi serapah tak main la,
Kalau ada banyak masa,
Marilah baca keluarga kito punyo seloka.

Kami semua hidup bahagia,
Bukan nak reka tapi dah ternyata,
6 puteri 4 putera,
10 orang semuanya.

Badannya tegap ‘hensem’ juga,
Itu dia ‘hero’ Bonda,
Siapa tak kenal dengan Ayahanda,
Memberi nasihat kepada anak-anaknya.

Sekarang ni cerita Bonda,
Hari-hari memasak santapan untuk keluarga,
Pasti fikirkan nak masak apa,
“Nak masak apa hari ni, ya???”

Garang juga orangnya,
Rumah mesti nak selalu bersih,
Gelarannya adalah Kakakanda,
Rumah bersepah sikit pun dah marah,
“Apsal rumah bersepah, geramnyerrr???”

Sekarang dia tingkatan empat,
Suka belajar seorang diri,
Itu dia Are_Mad orangnya,
Maklum la nak SPM tau depan.

Tahun ni dia nak ambil peperiksaan besar,
Itu dia Kak_Fee namanya,
Nampaknya dia terlalu sibuk belajar,
Takut la katakan jika tak lulus periksa.
“Math ni camne pulak?”

Bermata sepet seperti cina,
Selalu bergaduh nak main komputer,
Itu dia Aqil orangnya,
Mesti tak betul jika tak main komputer ,
“Nak main!!!”

Sekarang cerita Cik Nab kita,
Comel juga la muka dia,
Selalu kena marah dengan Ayahanda,
Sebab dia tak lulus periksa

Ini kisah Adik kita,
Gelarannya adalah Fawwaz Suci,
Dah la ‘cute’, cerdik pula,
‘Cyberkids’ rupanya adik kita ni.

Budak ni baru je ada,
Siapa lagi kalo bkan Ilham Mulia,
Siang malam asyik berjaga,
Apa lagi kerjanya kalo bkan minum susu la.

Lain pula cerita Kak Are_Ila kita,
Dialah yang memberi idea,
Sampai pening kepalanya mencari idea,
Kalau tak percaya tanya la dia,
“Betul! Betul! Betul!”

Sampai la masa mengundur diri,
Sebab sudah habis laa…
Siapa terasa jangan la ambil hati,
Semoga kita hidup bahagia & kekal selamanya.
-AMIN-


Hasil Nukila
-Smile always-

No comments:

Post a Comment